Selasa, 19 April 2011

Senarai Harga Ayam Serama




 1. Umur 2 minggu - rm 100 sepasang.
2, umur 2 bulan - rm 200 sepasang.
3. Induk jantan - rm 300 seekor.
4. induk betina - rm 150 seekor.
5. Satu reban [ 40 ekor ] - rm 7K. - boleh runding!

Stok adalah terhad.
Anda dinasihati datang sendiri melihat ayam yang dihajati supaya anda berpuashati.

SMS/Tel: 013-9956130 - Blkg Petronas Marang TRg

Isnin, 11 April 2011

Ayam ku...tlh tiada!

ni nak cerita kejadian yg berlaku dalam masa seminggu dua ni..kejadian pertama...spsg ayamku tlh tiada dalam reban...pergi meninggalkan ku...bukan ku jual!..bukan ku biarkan dia pergi!....bukan mati..bukan,bukan. TAPI pergi dibawa si kepala hitam berkaki dua!

selang seminggu...spsg lagi hilang! kmdn hilang lagi...apa yg perlu ku lakukan!
Aku hanya mampu memberitahu kpd kawan-kawan. DAN hanya mampu mengadu kepada Mu..tuhanku. Aku membaca munajat yg diajar oleh guruku..moga-moga mereka itu menghantar semula ayam ku...

Doa hilang barang!!!!

Jumaat, 11 Februari 2011

Biar dok lawo, asal ade gambo!

Gambo 3 peringkat ayam kawe. Walaupun dok lawo mane, sebab aku dok berape care ni. Puas Sifu Cg Loh ajor aku cara nok wat ayam jadi lawo. Kadangkala jika aku bawa ayam ke rumah dia, siap Cg Loh repair sana, repair sini. Jadi lawo lalu ayam aku ni. Tapi bila balik aku terus letok dalam reban [ orang Ganu panggil Gok ayam]. Ari-ari wi makan je! Ilmu yg sifu ajo, dok amal. sebab aku malas nak care.


Jumaat, 19 Februari 2010

Cara Membuat Bekas Air Minum Ayam Serama

Di sini saya tunjukkan cara-cara membuat bekas air minuman untuk ayam serama. Bekas ini mempunyai banyak kelebihannya jika dibandingkan dengan bekas air yang kita beli di pet shop. Antaranya:

1.Murah.
2.Lasak.
3.Kalis nyamuk.
4.Air sentiasa bersih.
5.Kurang selenggara.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1 Botol minuman berkarbonat @ air mineral. [besar @ kecil, boleh belake!]
2. 1 Tudung botol.
3. 1 Batang paku 3 inci.
4. 1 Dawai kasar panjang 6 inci.
5. 2 Elbow paip pvc 20mm x 15 mm.
6. 1 Gam paip pvc.
7. 1 Gergaji besi.



Cara membuatnya:
1. Ambil Botol minuman berkarbonat dan pasangkan tudungnya. Jangan terlalu ketat sebab ia perlu ditanggalkan kembali nanti. [ saya syorkan kepada anda agar menggunakan botol air berkarbonat / air bergas berbanding botol air mineral / minuman sebab ia lebih tebal dan tahan lasak].

2. Tebuk satu lubang di atas tudung botol tersebut. Seluas jari kelingking anda. Gunakan mesin penebuk atau paku atau pisau yang tajam. Saya syorkan agar anda menggunakan paku 3 inci. Sebab ia mudah didapati di kedai hardware. Panaskan hujung paku menggunakan api dapur gas dan tebuk tudung botol tersebut.

3. Sapu gam pada bahagian dalam elbow 20mm dan pada satu elbow lagi, sapukan gam pada sebelah luar elbow 15mm. Kemudian masukkan elbow 15mm tersebut ke dalam elbow 20mm tadi. Pusingkan sedikit kedua-dua elbow itu agar gam menjadi sebati. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran air. Pastikan dua-dua hujung elbow yang satu lagi itu berada pada arah yang sama. Biarkan ia kering.

4. Potong hujung elbow 15mm itu sebanyak ¼ inci.


5. Panaskan hujung elbow 20mm di atas dapur gas. Pastikan api pada tahap low sahaja. AWAS! Api yang terlalu panas akan mencairkan elbow anda! Kemudian masukkan tudung botol tadi ke dalam elbow ini. Biarkan ia sejuk selama 10 minit.

6. Cabut keluar elbow itu daripada tudung botol. Sapukan gam pada bahagian dalam elbow 20mm itu dan sapukan juga gam pada tudung botol. Cantumkan semula kedua-dua bahagian tersebut. Pastikan gam sekata agar tidak berlaku kebocoran air!

7. Letakkan dawai di sekeliling botol dan pusingkan agar ia menjadi ketat. Tinggalkan hujung dawai sepanjang 1 inci. Lalu jadikan ia seperti penyangkut. Dawai yang lebih hendaklah di potong.


8. Masukkan air ke dalam botol tersebut dan anda boleh meletakkannya di mana-mana sudut yang sesuai di dalam reban anda! Selamat mencuba!

KOS membuat 1 bekas air minuman serama anda, hanya RM1 SAHAJA! Elbow sahaja perlu dibeli. Botol anda boleh cari di tempat-tempat rekreasi. Pastikan anda membawa guni pallet untuk mengisi botol tersebut! HE HE HE HE HE....
Siapa tak faham, sila hubungi saya untuk penjelasan lanjut.....

Ahad, 17 Januari 2010

Petua untuk menjauhi penyakit ayam

Di sini suka saya berkongsi satu petua dari orang-orang tua untuk mengelakkan penyakit dari mengena ayam peliharaan kita. Caranya ialah baca ayat kursi [surah al-Baqarah ayat 255] sambil mengelilingi reban ayam. Baca start dari arah kanan reban. Baca dan Kelilingi reban sambil bertemu dengan tempat kita mula tadi. Insya'allah ayam kita akan dijauhi dari sebarang penyakit. Walaupun sekeliling kampung ayam orang lain terkena penyakit, ayam kita akan selamat.

Ayata kursi:


Selasa, 5 Januari 2010

kongsi ilmu serama

assalamualaikum semua peminat serama terutama blogger-blogger serama! alangkah indahnya alam serama kita jika semua blogger serama sentiasa sudi menulis ilmu memelihara serama tercinta ini di dalam blog masing-masing. Jika satu blog, blogger tulis satu tips, jika 10 orang, nescaya kita dah dapat kongsi 10 tips ilmu serama ni.

Kebanyakkan blog serama yang ada, saya lihat dah jadi papan iklan...asyik tunjuk ayam masing-masing. Ayam aku tarik weih! Ayam kawe gegar! Ayam ambe selam habis! 

Saya rasa gembira sekali melihat ada blog yang sudi tunjuk gambar reban serama. Jadi dapatlah peminat serama yang baru tengok reban serama. Jadi bolehlah tiru. Taklah jadi pelihara serama dalam sangkar burung!


saya berpandangan elok kita tulis pengalaman yang ada untuk diteladani orang lain. terutama ilmu kesihatan, ubat-ubatan, cara-cara membetul casis yang lari, mengatasi telur yang lembik, tiada benih, pemakanan serama dan sebagainya.


ini pandangan saya je! orang lain saya tak tau! 
SELAMAT TAHUN BARU 2010!